Sunday, 21 May 2017

TEMPAT PELANCONGAN DI MALAYSIA

TERENGGANU
Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri dalam Malaysia. Terengganu terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50 (lihat peta). Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu ialah 12,955 km2.
PETA TEMPAT
Image result for peta terengganu

TEMPAT PENGINAPAN
Grand Continental Hotel Kuala Terengganu

Pemandangan jelas Laut China Selatan dan pemandangan perkampungan nelayan dapat dilihat dari setiap bilik di Grand Continental Hotel Kuala Terengganu. Setiap bilik menawarkan kemudahan penghawa dingin, telefon dengan sambungan terus IDD, TV warna, saluran cerita dan saluran satelit terpilih, kemudahan membancuh kopi/teh, bar mini, pengering rambut dan pilihan bilik bukan perokok. Tetamu dapat menikmati sarapan pagi di Jala Mas Coffee bermula seawal jam 6.30 pagi, dan kemudahan konferens dan bankuet yang cukup lengkap khas untuk tetamu yang berkunjung atas urusan perniagaan. Berhampiran hotel ini, terdapat bangunan-bangunan kerajaan dan tetamu boleh berkunjung ke mercu tanda yang terkenal di bandar ini seperti Masjid Terapung, Pasar Payang dan Chinatown. Kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan di Grand Continental Hotel Kuala Terengganu adalah hanya untuk keselesaan tetamu.

Rimba Hotel




Lesa Guesthouse - Panji Alam





AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK
Bersuka ria di Taman Tema Air Kenyir

Ini dikira antara tarikan baharu terdapat di Terengganu. Ianya sesuai untuk satu keluarga meluangkan masa bersama kerana tempat ini agak besar dan juga ada pelbagai jenis permainan air yang sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa. So, kalau plan nak ke taman tema air, boleh la datang ke Taman Tema Air Kenyir.
Bergambar di sekitar China Town

Terletak di Kuala Terengganu (berdekatan dengan Sungai Terengganu), China Town merupakan salah satu tumpuan para pengunjung yang datang ke sini. Bangunan-bangunan di sini juga agak menarik (best untuk ambil gambar). Pada waktu siang, korang boleh la ambil gambar di sekitar sini. Kalau waktu malam pula, korang boleh jalan-jalan tengok jualan pasar malam dan sebagainya. Tidak lupa, terdapat juga pelbagai majlis atau festival yang diadakan di China Town ni.
Bermain dengan gajah di Perkampungan Gajah Kenyir (Kenyir Elephant Village)




Sebagai seorang pencinta alam, Perkampungan Gajah Kenyir ternyata tidak menghampakan aku. Kunjungan ke sini penuh dengan rasa puas hati sebab dapat berjalan dan menikmati pemandangan tumbuhan hijau yang cantik serta berpeluang untuk melihat persembahan gajah. Gajah di sini memang friendly dan bijak!

Lokasi: Pengkalan Gawi, Sungai Telemong, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu, MalaysiaHarga tiket: RM15 (kanak-kanak), RM30 (dewasa)



MAKANAN
Keropok Lekor
Makanan Tradisional yang popular di Terengganu. Tidak perlu ditakwil dan dipertikaikan lagi, asal keropok lekor sememangnya dari Negeri Terengganu. Memandangkan Negeri Terengganu kaya dengan sumber ikan, maka boleh dikatakan dari Kemaman sampailah ke hujung Besut ada je gerai yang menjual keropok lekor. Kalau di Kuala Terengganu, antara kedai yang popular ialah di Losong dan juga di Seberang Takir. Kalau di Kemaman, anda boleh ke Kg Geliga.


Nasi Dagang
Nasi Dagang seringkali dijadikan makanan sarapan pagi di negeri Terengganu. Secara tradisionalnya, nasi dagang dibungkus di dalam daun pisang berbentuk kon dan diikat dengan menggunakan lidi.



Ketupat Sotong
Masakan tradisional Terengganu dan lauk yang memang cukup sinonim di Terengganu di mana sotong akan disumbat dengan beras pulut dan dimasak secara berkuah lemak. 


Sata
Sata boleh dikatakan merupakan menu makanan yang menjadi ikon utama kepada daerah Kemaman. Banyak kedai di sini yang menjual sata dan sering menjadi makanan santai di waktu petang.



Tempat-tempat Menarik

Tempat Tempat Menarik di Kuala Terengganu

http://www.azhafizah.com/

Muzium Negeri Terengganu

Muzium Negeri Terengganu adalah muzium yang terbesar di Asia Tenggara dan dikenali sebagai Muzium Losong dikalangan penduduk tempatan. Muzium ini menyimpan pelbagai tinggalan dan artifak sejarah dan menjadi satu tempat yang mesti dikunjungi oleh sesiapa yang melawat Terengganu. Muzium Losong terletak kira-kira 3Km Selatan Kuala Terengganu menuju ke Losong, dan akan kelihatan kompleks yang tersergam indah terlekat berdekatan dengan sungai dan Bukit Losong. Di pintu masuk muzium ini kelihatan replika Batu Bersurat yang menjadi simbol dan lambang kedatangan awal agama islam di Terengganu dahulu.Ciri-ciri Muzium yang unik ini menyimpan seribu satu tinggalan sejarah dan terdapat lebih 10 jenis galeri di Muzium ini. Antara galeri yang ada ialah Galeri Islam, Galeri DiRaja, Galeri Kraftangan, Galeri Textile, Galeri Alamsemulajadi, Galeri Petroleum dan pelbagai seni moden dan seni kontemporari di pamerkan di sini. Muzium ini telah dibuka secara rasminya oleh Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 20 April 1996.

Masjid Terapung @ Masjid Tengku Tengah Zaharah

Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung telah dinamakan sempenan nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja. Masjid ini terletak 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dengan masjid lain yang telah dibina. Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia.Masjid yang mula dibina pada September 1991 dan siap pertengahan Januari 1994 bernilai RM6.997 juta yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya direkabentuk oleh Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dari Seni Bahri dengan menampilkan ciri-ciri tamadun Islam dan gabungan senibina tempatan





                                                                    Masjid Kristal
Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang.Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik


MAKLUMAT SYARIKAT PELANCONGAN





(KPL/LN 3656/5)
No 7 Aras 1, Pusat Komersil Cabang 3,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel : 09-620 5555 / 011 1060 9000
/ 011 1070 9000 / 011 1080 9000
Emel : alqudstgg@yahoo.com






G15,Ground Floor,

South City Plaza, Serdang Perdana,

43300 Seri Kembangan, Selangor.
No tel:
03-89596242- Inbound,Ticketing.
03-89596241- Outbound,Visa
Whatsapp : 0125846242
Fax: 03-89596243


Email : info@wiyatravel.com 





Kembara Murni Travel & Tours Sdn Bhd

03-92007677, 03-92017557




KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS SDN BHD (1029068-P)
28-1A, Tingkat 1, Blok 12, Jalan Pahat J15/J,
Dataran Otomobil, Seksyen 15, Shah Alam,
40100, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel. Pejabat : 03 55 2344 98 
No. Talian Faks: 03 55 2444 97