TERENGGANU
Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri dalam Malaysia. Terengganu terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50 (lihat peta). Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu ialah 12,955 km2.
PETA TEMPAT
TEMPAT PENGINAPAN
Grand Continental Hotel Kuala Terengganu
Pemandangan jelas Laut China Selatan dan pemandangan
perkampungan nelayan dapat dilihat dari setiap bilik di Grand
Continental Hotel Kuala Terengganu. Setiap bilik menawarkan kemudahan
penghawa dingin, telefon dengan sambungan terus IDD, TV warna, saluran
cerita dan saluran satelit terpilih, kemudahan membancuh kopi/teh, bar
mini, pengering rambut dan pilihan bilik bukan perokok. Tetamu dapat
menikmati sarapan pagi di Jala Mas Coffee bermula seawal jam 6.30 pagi,
dan kemudahan konferens dan bankuet yang cukup lengkap khas untuk tetamu
yang berkunjung atas urusan perniagaan. Berhampiran hotel ini, terdapat
bangunan-bangunan kerajaan dan tetamu boleh berkunjung ke mercu tanda
yang terkenal di bandar ini seperti Masjid Terapung, Pasar Payang dan
Chinatown. Kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan di Grand
Continental Hotel Kuala Terengganu adalah hanya untuk keselesaan tetamu.
Rimba Hotel
Dengan lokasi mudah di Kuala Terengganu, Rimba Hotel
adalah tempat yang hebat untuk menjelajahi bandar yang menarik ini. Dari
sini, tetamu boleh menikmati akses mudah kepada semua yang bandar
meriah ini boleh tawarkan. Dengan lokasi yang mudah, hotel ini
memberikan akses mudah ke tempat yang anda perlu lawati di bandar.
Lesa Guesthouse - Panji Alam
Direka untuk kedua-dua tujuan perniagaan dan percutian,
Lesa Guesthouse - Panji Alam terletak di lokasi strategik di Batu Burok;
salah satu kawasan yang paling popular di bandar tersebut. Hotel ini
terletak 3.1 km dari pusat bandar dan menyediakan akses kepada kemudahan
bandar yang penting. Dengan lokasi yang mudah, hotel ini memberikan
akses mudah
AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK
Bersuka ria di Taman Tema Air Kenyir
Ini dikira antara tarikan baharu terdapat di Terengganu. Ianya sesuai
untuk satu keluarga meluangkan masa bersama kerana tempat ini agak besar
dan juga ada pelbagai jenis permainan air yang sesuai untuk kanak-kanak
dan juga dewasa. So, kalau plan nak ke taman tema air, boleh la datang
ke Taman Tema Air Kenyir.
Bergambar di sekitar China Town
Terletak di Kuala Terengganu (berdekatan dengan Sungai Terengganu),
China Town merupakan salah satu tumpuan para pengunjung yang datang ke
sini. Bangunan-bangunan di sini juga agak menarik (best untuk ambil
gambar). Pada waktu siang, korang boleh la ambil gambar di sekitar sini.
Kalau waktu malam pula, korang boleh jalan-jalan tengok jualan pasar
malam dan sebagainya. Tidak lupa, terdapat juga pelbagai majlis atau
festival yang diadakan di China Town ni.
Bermain dengan gajah di Perkampungan Gajah Kenyir (Kenyir Elephant Village)
Sebagai seorang pencinta alam, Perkampungan Gajah Kenyir ternyata tidak
menghampakan aku. Kunjungan ke sini penuh dengan rasa puas hati sebab
dapat berjalan dan menikmati pemandangan tumbuhan hijau yang cantik
serta berpeluang untuk melihat persembahan gajah. Gajah di sini memang
friendly dan bijak!
Lokasi: Pengkalan Gawi, Sungai Telemong, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu, MalaysiaHarga tiket: RM15 (kanak-kanak), RM30 (dewasa)
Lokasi: Pengkalan Gawi, Sungai Telemong, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu, MalaysiaHarga tiket: RM15 (kanak-kanak), RM30 (dewasa)
MAKANAN
Makanan Tradisional yang popular di Terengganu. Tidak
perlu ditakwil dan dipertikaikan lagi, asal keropok lekor sememangnya
dari Negeri Terengganu. Memandangkan Negeri Terengganu kaya dengan
sumber ikan, maka boleh dikatakan dari Kemaman sampailah ke hujung Besut
ada je gerai yang menjual keropok lekor. Kalau di Kuala Terengganu,
antara kedai yang popular ialah di Losong dan juga di Seberang Takir.
Kalau di Kemaman, anda boleh ke Kg Geliga.
Nasi Dagang
Nasi Dagang seringkali dijadikan makanan sarapan pagi
di negeri Terengganu. Secara tradisionalnya, nasi dagang dibungkus di
dalam daun pisang berbentuk kon dan diikat dengan menggunakan lidi.
Ketupat Sotong
Sata
Masakan tradisional Terengganu dan lauk yang memang
cukup sinonim di Terengganu di mana sotong akan disumbat dengan beras
pulut dan dimasak secara berkuah lemak.
Sata boleh dikatakan merupakan menu makanan yang
menjadi ikon utama kepada daerah Kemaman. Banyak kedai di sini yang
menjual sata dan sering menjadi makanan santai di waktu petang.
Tempat-tempat Menarik
Tempat Tempat Menarik di Kuala Terengganu
Muzium Negeri
Terengganu adalah muzium yang terbesar di Asia Tenggara dan dikenali
sebagai Muzium Losong dikalangan penduduk tempatan. Muzium ini menyimpan
pelbagai tinggalan dan artifak sejarah dan menjadi satu tempat yang
mesti dikunjungi oleh sesiapa yang melawat Terengganu. Muzium Losong
terletak kira-kira 3Km Selatan Kuala Terengganu menuju ke Losong, dan
akan kelihatan kompleks yang tersergam indah terlekat berdekatan dengan
sungai dan Bukit Losong. Di pintu masuk muzium ini kelihatan replika
Batu Bersurat yang menjadi simbol dan lambang kedatangan awal agama
islam di Terengganu dahulu.Ciri-ciri
Muzium yang unik ini menyimpan seribu satu tinggalan sejarah dan
terdapat lebih 10 jenis galeri di Muzium ini. Antara galeri yang ada
ialah Galeri Islam, Galeri DiRaja, Galeri Kraftangan, Galeri Textile,
Galeri Alamsemulajadi, Galeri Petroleum dan pelbagai seni moden dan seni
kontemporari di pamerkan di sini. Muzium ini telah dibuka secara
rasminya oleh Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
pada 20 April 1996.
Masjid Terapung @ Masjid Tengku Tengah Zaharah
Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung telah dinamakan sempenan nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja. Masjid ini terletak 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dengan masjid lain yang telah dibina. Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia.Masjid yang mula dibina pada September 1991 dan siap pertengahan Januari 1994 bernilai RM6.997 juta yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya direkabentuk oleh Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dari Seni Bahri dengan menampilkan ciri-ciri tamadun Islam dan gabungan senibina tempatan
Masjid Kristal
Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang.Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter
persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan
dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang
membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik
MAKLUMAT SYARIKAT PELANCONGAN
(KPL/LN 3656/5)
No 7 Aras 1, Pusat Komersil Cabang 3,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel : 09-620 5555 / 011 1060 9000
/ 011 1070 9000 / 011 1080 9000
Emel : alqudstgg@yahoo.com
No 7 Aras 1, Pusat Komersil Cabang 3,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel : 09-620 5555 / 011 1060 9000
/ 011 1070 9000 / 011 1080 9000
Emel : alqudstgg@yahoo.com
G15,Ground Floor,
South City Plaza, Serdang Perdana,
43300 Seri Kembangan, Selangor.
No tel:
03-89596242- Inbound,Ticketing.
03-89596241- Outbound,Visa
Whatsapp : 0125846242
Fax: 03-89596243
Email : info@wiyatravel.com
Kembara Murni Travel & Tours Sdn Bhd
03-92007677, 03-92017557
KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS SDN BHD (1029068-P)
28-1A, Tingkat 1, Blok 12, Jalan Pahat J15/J,
Dataran Otomobil, Seksyen 15, Shah Alam,
40100, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel. Pejabat : 03 55 2344 98
No. Talian Faks: 03 55 2444 97
28-1A, Tingkat 1, Blok 12, Jalan Pahat J15/J,
Dataran Otomobil, Seksyen 15, Shah Alam,
40100, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel. Pejabat : 03 55 2344 98
No. Talian Faks: 03 55 2444 97
No comments:
Post a Comment